jump to navigation

:: Pakar dihukum :: February 24, 2007

Posted by Minci 先生 in Current Events.
trackback

Petikan diambil daripada Utusan Online  

Majlis Perubatan Malaysia hukum tiga pakar

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menghukum tiga pakar perubatan kerana didapati melanggar etika profesion perubatan antara Oktober dan Disember tahun lepas.

Pengerusi Majlis Perubatan Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata, seorang digugurkan dari senarai majlis itu, seorang diberi amaran keras, manakala seorang lagi digantung lesen selama enam bulan.

Ahli yang digugurkan dari MMC ialah Dr. Mohd Azam Razuan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Penawar, Johor.

Beliau mengaku bersalah menyalahgunakan kuasa memberi maklumat tidak benar kepada Pendaftar Kelahiran dalam sijil kelahiran mengenai empat bayi yang dilahirkan di kliniknya.

Mohd Ismail berkata, Dr. Mohamed Padzil Daros yang memiliki Klinik Famili Sri Damansara pula diberi amaran keras kerana menggunakan nama ‘Klinik & Farmasi’ yang membawa maksud menjual ubat-ubatan serta peralatan perubatan kepada pesakit luar.

Menurutnya, Dr. Albert Lim Kok Hooi dari Pusat Onkologi Gleaneagles pula digantung kerja enam bulan kerana didapati bersalah menjalin hubungan dengan isteri pesakit ketika berada dalam jagaannya.

‘‘Sebagai pihak yang memelihara profesion perubatan di Malaysia, majlis ini mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dengan adil supaya pakar perubatan mengekalkan kejujuran dan sentiasa dihormati masyarakat,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu, majlis itu digubal untuk memastikan keselamatan dan kualiti dalam profesion perubatan untuk melindungi pesakit, menggalakkan kelakuan beretika, dan membangunkan serta mengekalkan standard profesional yang tinggi.

I thought that as a doctor, you are only ethically prohibited from having a relationship with your patient. Does close relatives/ family of patients count then?

Advertisements

Comments»

1. jet - February 24, 2007

wooo..nta la eh..good question..sile tnye incik merican..pastilah die jwb ye..krn klu die jwb x,die takkan hukum incik albert..sile pule tnye dokto wallis..utk kepastian..

2. Puteri Nad :-( - February 25, 2007

dikira kot..
lambang isteri orang tu kot..morally cam not rite..dont u think so? i mean he was treating the husband and yet at the same time he was “treating” the pt’s wife also .lol

3. little healer - February 25, 2007

maybe sbb it’s ‘wife’ yg menyebabkan dia tk etika.. could it be any different if it’s the ‘daughter’ or ‘son’? hmmm.. ntahlah..

4. LaDy FaNtAgHiRo~ - February 25, 2007

yup.. for me its ethically wrong.. sebab you tgh rawat the pesakit, but at the same time making relationship dgn wife of that pesakit di mana sepatutnye isteri pesakit tu bertindak utk memberi moral support dan menjaga suami yg sedang sakit, bukannya jalin hubungan dgn doktor yg merawat suami dia.. infact, i’m being told, you cannot even treat your father, mother, wife or any close relatives of yours.. consider tidak beretika jika berbuat demikian.. and i ask my ex, why eh? kan senang kalau suami sendiri yg rawat bini sendiri.. kata dia, takut sewaktu merawat pesakit yg mempunyai hubungan dgn doc ni, akan melibatkan emosi sewaktu membuat keputusan utk merawat org2 tersayang dia. boleh menjejaskan professionalisme seorg doctor… and i guess, this applies the same in this situation… dah doctor tu minat kat bini dia, tak mustahil la rawatan dia terhadap suaminya yg sakit tu semacam acuh tak acuh je kan?

5. baez - February 25, 2007

kakmin
kalo daku stumble upon pesakit yg citarasa lagi single
maka terus bercinta
bukankah schweet antara patient dan doc?
miahahahahahahaha

6. little healer - February 25, 2007

kak syifa,
ok.. i can see ur point

baez,
jika dikau jumpa patient yg citarasa lagi single.. sila jgn jadikan dia patient dikau.. forwardkan pada rakan2 yang lain supaya ada chance utk dikau berhubungan dgnnya.. hahaha

7. jet - February 25, 2007

ye..btol..klu x msok court la dikau baez

8. Amoun - February 25, 2007

Salam…

Wowww… Penjelasan Syifa amat menarik sekali!! Mmg very VALID indeed haha… Experience thaught u well eh?? 😉

Aku hengat si doktor tu kena gantung camtu sbb ETIKA KEMANUSIAAN rather than ETIKA KEDOKTORAN.. Tp penerangan Syifa buat aku pk sebaliknya hehe…

Bagus la… U can be my Ethic lecturer!! haha

9. LaDy FaNtAgHiRo - February 26, 2007

hehehe.. iyo lah ihab~ ethic aku pun kelam kabut gak ni.. haha ;p


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: