jump to navigation

:: Sesi SuapBalik August 25, 2007

Posted by Minci 先生 in Medical School.
trackback

Saya telah berjumpa dengan Dokto Bius saya untuk satu sesi ‘SuapBalik’ berkenaan Projek Sebelas Minggu saya yang sudah berlalu.

Do’To : Sebenarnya pada mulanya saya tidak yakin bahawa awak boleh membuat projek ini. Terus terang saya katakan bahawa dalam kepala otak saya, kenapalah awak nak buat tajuk ini. Saya tidak merasakan awak mampu menyudahkan projek ini dan pernah terlintas dalam fikiran yang awak mungkin akan bertembung dengan banyak kesulitan.

Saya : Oh.. ( Terkesima lantas terdiam tak tau nak kata apa… walaupun dalam hati terdetik berberapa perkara )

Detikan perkara;
1 – Eish.. dah tau tajuk saya mungkin susah, kenapakah tidak dinasihati untuk berfikir untuk kali kedua.
2 – Ya, tidak menghairankan jika manusia lain kurang yakin dengan kemampuan saya sebab secara permukaannya saya memang nampak agak milus, berperibadi lemah dan berotak kecil.

3 – Do’To, sebenarnya banyak sahaja kesulitan yang timbul. Neves tau saya buat projek tuh.

Do’To : Akan tetapi saya sangat gembira kerana pada akhirnya awak telah membuktikan bahawa sangkaan saya salah. Saya bangga dengan keupayaan awak untuk mengenalpasti masalah awak dan menyelesaikannya sendiri. Walaupun bahagian penulisan laporan kurang baik, tidak apa, kerana saya fikir kelemahannya terletak pada penguasaan Bahasa Inggeris awak. Apapun, semangat kerja serta motivasi yang ada pada diri awak membuatkan saya terpempan. Awak berupaya melibatkan diri dengan ahli kumpulan dokto2 dalam wad ini. (Oh.. ikut suka jer saya terjemah.. la la la.. tapi maksud dia dekat lah)

Saya : Terima Kasih. (Muka tiba2 jadi panas, orang putih kata blushing)

Do’To : Maka, jika awak gembira dengan penilaian saya, sila turunkan tandatangan awak di sini.

Saya : (sain)

Sesungguhnya, komen mengenai penulisan laporan saya itu bukanlah satu benda yang baru. Saya memang rasa susah sangat hendak menulis . Sukar untuk menyampaikan point denga tepat dan saksama. Melilau sahaja gayanya. Bak kata Guru Bius, “Isi dia ada dan bagus tapi ‘Flow’ dan struktur ayat tuh macam tak kena”.

Kadang2 saya terfikir, selama nih yang saya hantar draf tuh dia tak betulkan ke? Hmm.. Dia mengatakan bahawa perkara ini bukanlah satu kritikan peribadi dan ketidakmampuan saya untuk menghasilakn laporan saya itu mungkin disebabkan oleh bahasa Inggeris bukan merupakan  bahasa ibunda saya. Lagi sekali saya terfikir, orang putih lain pun sama sahaja macam saya, baru nak belajar menulis laporan ‘saintifik’.. kenapa pula itu yang menjadi persoalan. Saya bukan nak komplen Doktor Bius saya tak adil, poinnya di sini adalah.. Saya memang tak pandai2 tulis laporan panjang cenggini. memanglah otak kecil.  Wahahahahahaha 

Comments»

1. shutterspeaks - August 25, 2007

maklumbalas dude, maklumbalas :-p

meh aku suap ko nestum nak? miahahaha

dan taniah, pasti dpt A++ tuhh

2. Minci - August 25, 2007

okeh okeh.. maklumbalas.. ha ha ha ha

euw.. nestum tuh kasik anak ko je lah.. sure dia suka papa dia suap

tak.. tk dpt A++ pun.. dpt grade tgh2 sajor..

3. jet - August 25, 2007

hoo..bahaya gak dokto bius ko..merasekan topik ko susa dan mendiamkan diri je..hoooooooooooooooooooooooooooooooo…aku sgt lege krne ko dpt melakukannye..tros menepok bahu ko tanda tahniah..kemudian menarek slua dan jatuhkan badan ko ke tanah..kemudian amek bola dan pas kan ke team mate belakang..kemudian team mate membaling ke arah sisi kpd sorang lagi team mate..dan seterusnye..

tp siyes, keji btol bersikap cmtu..klu sy, tentu dah pasrah..[kamu sgt independent, selamat hari merdeka!]

4. Minci - August 26, 2007

ahahaha..demam rugby.. kah kah kah


Leave a reply to jet Cancel reply