jump to navigation

:: Tag Raya Aidilfitri October 9, 2007

Posted by Minci 先生 in Everyday Life.
Tags:
trackback

Song : Bergema Takbir di Pagi raya – 4U2C
 

This tag came from soulof99princeqabdfatahKasyah.
I just thought I should check before doing anything. Tak nak lah tetiba main CTRL + C and CTRL + V  yang ada perkataan Kasyah Slumber @ KS sekali.


Makanan open house dulu2.

1. Bila agaknya mula berpuasa penuh?
Seperti Kasyah, pertama kali puasa sudah penuh. ‘Penuh’ disini maksudnya ‘satu hari’. Ponteng masih ada (rujuk soalan kedua). Ketika itu saya berumur 6 tahun dan motivasi saya ada 2;

  • Untuk mendapatkan duit raya sebanyak RM10.

  • Beraspirasi menjadi ‘kakak contoh’ kepada adik saya. Walaupun dia belum berpuasa, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang dia akan alami apabila dia belajar berpuasa nanti.

2. Pernahkah ponteng puasa? Dan apakah alasannya?

Sudah semestinya. Iman saya sebagai budak 6 tahun mudah tergugat apabila melihat adik saya makan MAggi Asam Laksa di satu hari. Aduh, bisa! Oleh sebab itu, selepas dia makan Maggi dan meletakkannya di singki, saya menyelinap ke dapur perlahan2 dan memakan Maggi lebihan. Huhu.. bestnyer. First timenyer puasa memang banyak dugaan.

Selepas itu, saya tak ingat pula insiden ‘terbatal puasa ‘ lain melainkan atas sebab2 yang telah diizinkan oleh Allah SWT. Taat pliss

3. Pernah main bunga api atau mercun?

Bunga api- Ya. Mercun – Tak pernah. Saya tidak bermain mercun kerana;

  • Tak tahu mercun tuh rupa dia bagaimana

  • Tak tahu mana nak main mercun

  • Tak ada orang yang ajak main mercun – sepupu saya semua perempuan dan usia kecil2 seperti saya

  • Takut. Amaran di TV selalu cakap, main mercun akan menyebabkan kecederaan – muka hangus, putus jari tangan dan kaki.

Jadi saya cuma pernah main bunga api yang sparkle2 dan bende putih yg meletup bila baling ke tanah. Mercun bawang eh tuh? Alamak, mercunlah tuh kan. Ha ha


Breakfast raya

4. Apakah juadah kegemaran ketika berbuka?

Ayam percik, Roti John, Kuih tepung pelita, Mubarak majid. Murtabak. Makan satu sahaja setiap kali. Enggan ‘mencemarkan’ rasa dengan memakan semuanya sekaligus. Oklah.. kalau beli kuih bolehlah beli lagi satu jenis.

5. Selalu lagu raya mana yang menjadi kesukaan?
Anuar & Ellina, 4U2C (Bergema Takbir), Artist reramai ( Lebaran Ini), Aisyah ( Pulanglah), Feminin, semua lagu yang ada perkataan ‘Raya’ di dalamnya (Lagu Evergreen)

6. Tahun ni beraya di mana?
Seperti biasa di tempat pengajian. Sudah lima tahun beraya di perantauan, saya rasa saya akan rindukan suasana Raya di sini. Meriah dan terasa akrab sekali. Buat kuih pun rajin. Rajin tolong jerlah.

Pernah menjadi tenaga buruh seorang kawan lelaki semasa di Tahun Kedua untuk membantu dia masak sempena ‘open house’ nya kerana dia mencari pembantu yang tidak banyak songeh, tidak akan men’conquer’ dapur dan rajin – maka saya calon terbaik.  Menurut perintah sajorr. Ha ha. Matilah kena ‘stay-up’ sampai pukul 5 pagi mengacau rendang di dapur.

Bila solat subuh, kepala pun mula berpusing.

** Tuwit.. Fiza! J***** Y** beraya kat mana thn nih? Ajaklah dia. **

7. Pernah ke bertugas/berkerja di hari raya?

Pernah ke kelas. Boleh sebenarnya mohon cuti atas sebab ‘religious observation’ tapi selalunya kelas/lecture yang diadakan cuma  mengambil masa 1-2 jam. Boleh sahaja sambung  beraya dgn sakan selepasnya, kan?

Nanti saya akan ceritakan dengan lebih lanjut apa yang lazimnya kana terjadi di pagi raya.

Tawa riang si comel (yg dewasa) memeriahkan suasana

8. Ada kenangan manis tak di hari raya?
Setiap Raya pasti membawa kenangan manis kerana saya memang wujudkan keinginan untuk menjadikannya satu kenangan yg manis. Tahun ini serupa juga.

Tahun 1 – Ber’hari Raya’ buat pertama kalinya di perantauan. mestilah teruja.
Tahun 2 – Pengalaman memasak juadah ‘open house’ sampai pagi.
Tahun 3 – Naik keretapi pergi ber’Hari Raya’ jauh2.
Tahun 4 – Raya pertama bersama ‘kumbang’ dan mendapat kad raya yang paling banyak dalam sejarah ‘Raya di Perantauan’.
Tahun 5 – Kita lihat nanti.

Sekian.

Comments»

1. hafiz - October 9, 2007

Selamat Hari Raya minci🙂. Maaf zahir & batin.

2. azrn - October 9, 2007

salam aidilfitri🙂 dan maaf zahir & batin.

3. Danial - October 9, 2007

my first time raya in australia….wonder hows it gonna be..huhu

SELAMAT HARI RAYA. maaf zahir batin.

4. saya budak baik - October 9, 2007

tawa riang si comel yang dewasa???argh!!!takleh terima!!!

5. jet - October 9, 2007

pandainye kamen jwb tag..sy tak pandai..

6. Minci - October 9, 2007

Hafiz,
Selamat hari raya to you too

azrn,
salam aidilfitri🙂

danial,
auwww..it should be exciting!!

ZATIL!!
nakal tol budak nih.. mesti terima okeh.. MESTI.. kalo tk tkleh buat laundry kat sini lagi..😈

Jet,
kamu pun pandai sebenarnyer..

7. adiratna - October 10, 2007

Kite pun tak kuasa dengan budak ( yang dewasa )mengaku comel tu.. Tak kuasa..
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat mereka di perantauan, samada kumbang, bunga atau mentadak.

8. coops - October 10, 2007

babe, selamat hari raya😉 dah lama tak jenguk ur blog ni…take care ok.

9. fiza - October 10, 2007

dah jempot..katenyer bekerja d ptg raya
dan jarak bolton n preston adela jauh utk dtg

kesimpulan: tak dtg

sekian

yg mnjalankn tugas
fiza

10. jet - October 10, 2007

tinggi cita2nya..

untuk merogol mubarak majid dikala berbuka..

11. Minci - October 10, 2007

adiratna,
knp tk buat jer ucapan selamat hari raya buat semua ahli taman (garden) sang puteri.. huahuahua.. motif sgt kau nk wish mentadak sekali..

coops,
ello dear.. thank you🙂

fiza,
tahniah. Anda telah dinaikkan darjat menjadi ahli buruh memasak pasukan Jet hari Jumaat nih. Sila pack baju anda..😈

Jet,
hahahahaha.. eeeeeee..geli I nak rogol2 mubarak majid.. sesunggo nya.. Datuk K + Mubarak Majid = fesen muka sama mcm bapak aku (Moss)

12. kaSyah - October 21, 2007

ni KS nak datang ni. dikorek2 semua sumber tag ni..huisshhhhh!!

1.ohh mula2 dah loyar buruk..hihi.. penuh tu memang penuh..baguih2.

bagus betul kakak contoh ni. mesti sayang adik2 die. aku ni bile la nak jadi abang contoh.hehehe

2.maggi asam laksa- adalah satu2nya maggi yg aku takkan makan kerana rasanya yg pelik or aku yg pelik? pandai sungguh dikau menjadi ala2 charlie angel menyelinap tanpa disedari..hohoho

3.kalo mase kecik dulu, ko nyer kampung same ngan aku…pastinya akan aku tunjuk rupanya mercun itu, ajarin caranya, ajak main mercun, katakan tv tu sume tipu….hahaha. tapi okeh la masa kecik2 takyah la nakal sgt. jadi kanak2 yg mendengar kata, jgn cam aku tu.

4. mubarak majid?adakah maksudnya kalo beli ayam percik dan rotin john, anda akan makan salah satu sahja? gitu ka?

6.raye tahun depan aku buat open house mintak tolong kerajinan ko bole ye…😛

So aku menunggu gambar baju raya pada 1 syawal.

ps-tq coz sudi buat tag ni. maaf lambat nak dtg. samat hari raya aidilfitri..maaf zaher dan baten.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: