jump to navigation

:: Peristiwa di Platform 5 February 23, 2008

Posted by Minci 先生 in Everyday Life, Ponderings.
Tags: , , , ,
trackback

Budak 15 tahun yang biadap terhadap orang tua, obvious.
Yang berusia 25 tahun, kalau biadap terhadap orang tua pun obvious.
Bagaimana kalau generasi berumur 50 tahun yang biadap terhadap orang tua, obvious tak? Jika yang muda biadap, bolehlah ditegur oleh orang tua lain kan.. kalau orang tua biadap.. Minci boleh tegur tak?

Arakian pada suatu hari…

 

..tatkala matahari terik memancar atas kepala, terlihat seorang wanita kecil sedang menunggu dengan penuh sabar di Platform KTM. Belakangnya sudah berpeluh macam manik atas brooch, macam labuci atas baju, perutnya pula berkeroncong memainkan lagu ‘Ghazal untuk Rabiah’.

Dia sudah penat berpeleseran seperti pelesit. Sejak pagi, dia sudah meronda kota KL seperti sebiji buah strawberi yang bakal mencair menjadi smoothie. Keluarnya bukan seorang tapi berdua dengan rakan jejakanya yang paling poyo. Bersama, mereka telah turun naik KTM, STAR dan PUTRA untuk ke destinasi poya-poya seperti Times Square, Sungei Wang, Low Yatt serta Jalan Masjid India.

 Pelesit & Polong

Kini wanita kecil itu sudah penat. Rakannya sudah beredar. Nak bermain futsal di Ampang katanya. Maka menunggulah wanita itu seorang diri di Platform KL Sentral akan ketibaan tren KTM yang tak kunjung tiba.

10 minit kemudian, tren tiba dan pelbagai jenis manusia berpusu-pusu dan saling menolak untuk mendapat tempat di dalamnya. Wanita kecil masih bersabar akan kerenah manusia yang tak tahu adab ‘tunggu, beri laluan untuk orang dalam tren keluar, baru masuk.‘ Minci hanya mampu beristighfar dalam hati. Mulutnya terkumat kamit seperti berzikir walaupun pada hakikatnya dia menyebut, “Eish.. tah pape”

Di sebelahnya seorang wanita tua dalam lingkungan umur 70 tahun juga sedang mencuba dengan segala kudratnya untuk memasuki perut tren tersebut. Tiba-tiba, wanita itu mengarahkan pandangannya terhadap Minci dan bertanya, “Nak.. nih pergi Rawang ker?” Belum sempat Minci menjawab, seorang lelaki yang besar dan gemuk dalam lingkungan umur 40 tahun mencelah, “Ishhh.. kalau tak nak masuk, tepilah”. Wanita tersebut disinggulnya ke tepi dengan bahunya yang berbau ketiak tengik.

Darah muda Minci menyirap. Bak kata orang Indonesia, muka naik pitam!

“Assalamualaikum pakcik!! “ Kuat suara Minci memberi salam. Manusia keliling memalingkan wajah ke arahnya dan berhenti berpusu sebentar. Mungkin teruja untuk melihat drama LIVE seterusnya. Salam Minci dibiarkan tidak terjawab.
“Eyyy… assalamualaikum pakcik!!! “ Kali ini Minci merapatkan dirinya dengan pakcik tersebut.

“HUh, waalaikum salam” jawab pakcik tersebut tanpa memandang muka Minci.

“pakcik rilek skit boleh? pakcik tolak2 orang pun… yang kat depan tuh macamlah boleh ganjak lagi cepat. Bukannya kitorg tak nak masuk, dah makcik nih tanya soalan bebaik.. saya jawablah!”

“Ah yerlah.. bising..” perlahan sahaja pakcik itu bersuara. Mungkin dia kurang selesa melihat adegan ini disaksikan oleh orang ramai.

Aretha Franklin – RESPECT

TINg Ting Ting.. tren itu berbunyi. Menandakan pintu mahu ditutup. Lamunan Minci terhenti. Adegan konfrontasi itu hanya mampu dimainkan dalam kepala sahaja setelah dia menunjukkan makcik tersebut ke arah platform yang betul. Di-rewind dan di-playnya scene tersebut berulang kali dalam kotak fikirannya, lantaran kegeramannya terhadap pakcik tadi tidak mampu disampaikan. Hmph.. sabor jelah. Miahahaha..

 

There can only be 2 reasons as to why a woman can be so irritable unnecessarily. One, she’s in her PMS. Two, she’s hungry.

🙂

Comments»

1. Puteri Nad =( - February 23, 2008

tambahan utk last..or she’s jealous..hahah

btw orang2 tua gini mmg menggeramkan, nnt lah beberapa tahun lg ketika itu tahulah beliau apa rasanya takde kedrat~

ni sapa tulis kakmin ke jet?

2. Minci - February 23, 2008

nad,
hahaha.. jealous is a good reason too..🙂
oh.. mestilah I yang tulis..

3. baez - February 23, 2008

owh saya amat geram dengan org tersebut yang bersikap kurang ajar
saya tidak tahu apa dlm fikiran mereka, dah lah yang dimarah itu golongan warga emas, saya hanya mampu sebak dan mengharapkan mereka insaf
btw kakmin jgn lah di kepala sahaja , sila menjadikannya realiti dengan memarahi pakcik itu balik
saya akan menyokong sambil berdiri di balik tiang melihat adegan itu nanti

selain itu saya berbahasa biasa (tak menggunakan sajor dan motif dll) kerana menghormati men’s day pada hari ini!

4. Minci - February 23, 2008

baez,
oh ok.. happy men’s day..

5. baez - February 23, 2008

jadi mane present dia pada men’s day? nak berupa barang rambut spt mousse

6. jet - February 23, 2008

bengong lu..aku memang mati2 malas nak caya sama ini cerita..sejak bile ko pandai tego org buat jahat hah?sekel ko sok aku jupe..

nantikan..

elo nad..cite ni cm i yang taip ke?

7. jet - February 23, 2008

oh..

p/s:arini dua orang makhluk guna pekataan ‘platform’ dalam hidup aku..sorg buat cite karut..sorg lagi nak bikin filem betajok ‘cinta berputik di platform 16.’matila kodi..

8. Puteri Nad =( - February 23, 2008

ye lah okie..
omg jettttttttttttttttttt
kamu pon tau kodiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
i like u girllllllllllllllllllllllllll
ahahahahahah

9. kaSyah - February 23, 2008

ohhh akulah pakcik yg ko menyirap tadi.

sorila, tengah testing menesting….xsangke, ko rupenye…😛

-anyway, kalo betul cite ni (saje bt2 xcaye), memang respek makin bertambah lol..-

10. baez - February 23, 2008

kakmin
ni org melihat kakmin disekeh oleh jet
sambil menghulur tisu jikalau menangis karena kesakitan

11. ambo - February 23, 2008

Minci,

Mu leh naik platform ambo, no ploblem.

12. Danial - February 24, 2008

selalu la jugak lakonan macam tu bermain di kepala..lawak2…ROFL…

13. Minci - February 24, 2008

Baez,
sila botakkan kepala sajor.nanti daku hadiahkan minyak kelapa sajorr

*ambik tisu, tenyeh kat mata dikau balik..ha ha

jet,
elelele..percayalah..percayalah..ha ha
nak sekel aku yer.. ha ha..
I quote ‘turunlah kalau berani’..😛

*menantikan cerita cinta berputik di platform 16.. miahahaha

Nad,
bukankah ‘kodi’ itu perkataan yg bisa diguna?

kasyah,
eleh..eksen sajer dikau.. citer nih mmg fiction, sila JGN percaya.. ha ha

ambo,
huh? platform mcm mana tuh? kasut kah?

danial,
best kan? terasa seperti ally mcbeal..

14. baez - February 24, 2008

sorry mowie (cam nama mowie si cleft palate eh tu lambert sape mowie)
btw daku taknak botak lmbg skarang da simpan rambut panjang balik
nak tunggu panjang pastu dia sleek n shiny dan terus jalan depan dikau sambil pura2 jatuh barang dan masa angkat kepala dari amek barang terus menghayun2 rambut, dikau akan menutup mulut lambang terpaku


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: