jump to navigation

:: Tag – Superhero in you March 27, 2008

Posted by Minci 先生 in Just For Fun.
Tags:
trackback

I have been tagged by SpenderMan.😛

1- Apa superpower idaman anda? Choose only one.
2- Siapa superhero/watak yang mempengaruhi pilihan itu?
3- Kenapa superpower yang itu?
4- Apakah kelemahan kamu?
5- Apakah nama superhero kamu?
6- Motto superhero kamu pula?

1. Superpower idaman saya adalah … keupayaan untuk meng’ada’kan sesuatu hanya dengan menyeluk ke dalam saku/poket.

2. Saya terpengaruh dengan … Doraemon dan Harry Potter dalam siri Philosopher’s Stone.


Source : http://www.geocities.com/the_doraemon_resource/doraemon_anatomy.jpg

3. Kenapa?
Untuk kebaikan saya : Maknanya, jika kononnya saya ada di Nandos bersama rakan-rakan dan membelanja mereka makan.. apabila bil datang dan di penyata tertera RM100, saya hanya perlu menyeluk saku saya dan terus boleh dapat RM100 tepat. Begitu juga kalau saya ingin nak makan coklat, saya hanya perlu wujudkan keinginan tersebut dalam hati saya, seluk saku dan dapatlah saya coklat itu. Sekiranya saya sedang mandi pula dan syampu saya habis, saya hanya perlu menyeluk ke dalam kain basahan buatan sendiri saya yang berpoket untuk mendapatkannya.

Untuk kebaikan manusia sejagat : Supply ubat kecemasan sudah habis di ward? Tidak perlu order dari farmasi lagi. Panggil sahaja saya dan saya akan selukkan ubat itu untukmu.. huhuhu
Ataupun jika saya dan kawan saya hampir diragut, saya akan keluarkan pistol + gari + badge dari dalam poket dan menyatakan “Freeze.. FBI! On the ground now!! ” acececece.. sewel saya nih.

4. Sayang sekali..sungguh banyak kelemahannya.
– Power hanya boleh digunakan apabila saya mengenakan pakaian yang ada saku. Tidak kiralah seluar, baju kurung, kot putih doktor ataupun blouse .. asalkan bersaku. Saya tidak akan ada power jika memakai telekung. Lanjutan itu juga, saya amat vulnerable sekiranya tidak memakai baju.

– Hanya boleh menyeluk saku sendiri. Gila apa seluk saku orang. Nak kena tangkap polis?

– Saku/Poket yang sudah koyak dan berlubang tidak ada maknanya.

– Ada had saiz. Saya tidak bolehlah hendak mengeluarkan ambulans dan paramedik dari kocek saya kalau ada kemalangan dahsyat di lebuh raya.

– Saya juga tidak boleh mengeluarkan ‘manusia’. Maka tolonglah jangan minta saya wujudkan Angelina Jolie di hadapan mata.

5. Nama Superhero saya ialahAda (disebut sebagai Ey-da) Minx. Lol!

6. Motto

“Aku.. MengAdakan yang TiAda

Feel free to answer the tag in the commenting section.🙂

Comments»

1. Puteri Nad =( - March 27, 2008

I have been tagged by Ada Minx :p

1- Apa superpower idaman anda? Choose only one.
2- Siapa superhero/watak yang mempengaruhi pilihan itu?
3- Kenapa superpower yang itu?
4- Apakah kelemahan kamu?
5- Apakah nama superhero kamu?
6- Motto superhero kamu pula?

1. Superpower idaman saya adalah … keupayaan membuatkan orang menurut segala perintah dan suruhan saya hanya dgn kerlipan mata dan telepathy

2. Saya terpengaruh dengan … nizam zakaria dalam cerita yg ada prasasti dan jugak cerita heroes barangkali..and mebbe sebab saya teringin nak menyuruh cikgu menjawab peperiksaan saya tiapkali exam.

3. Kenapa?
Untuk kebaikan saya : supaya hati saya senang, tiada orang melawan saya..sayalah diktator alam maya tp saya tetap taat kepada perintah Allah Subhanahuwataala..dengan itu manusia2 jahat akan saya perintahkan utk ke Mekah utk bertaubat..dan mana2 yg buat hal dengan saya sebelum atau selepas saya memiliki kuasa akan saya perintahkan secara sulit utk kerja di Siberia.. rasakan kau, kesejukan

Untuk kebaikan manusia sejagat : Well, ppl will be more organized wif me infiltrating their minds and all the baddies are cyanotic at the arctic

4. Saya tidak lemah,tetapi power saya mempunyai kelemahan :

– Bila terlalu over, saya akan lupa diri sendiri dan saya akan rindukan sasaorang utk bergaduh..maka nnt saya akan kasaorangan didalam pemikiran sampai ada manusia hebat laen muncul

– Masalahnye : Adakah manusia hebat selain saya? kahkahkah

– Manusia yg terlalu patuh tidak seronok di buat kawan. Bosan .

– terdapat segelintir manusia yg boleh menentang kuasa telepathy dan paksaan minda ,mereka2 ini boleh menjatuhkan saya di suatu waktu kelak

– Kadang2 saya sendiri sedar pemikiran saya pelik,bayangkan anda dan anda semua [yes, you!! ] berfikir seperti saya..hiks

5. Nama Superhero saya ialah … Maharani Nad [da naek tarap dari puteri]

6. Motto …

“Great thinker is the one who think parallel to my way of thinking .. Go Nut”

2. 1january - March 27, 2008

ahahah..apeka nad..

ei..ei..tak aci, baru dikasik tau tadi dah siap tagnye…superpower aku still tgh dihimpun..nak lawan power sume heroes yang ada..ahah..byk songeh, walhal idea tersumbat dlm longkang…even telekung ko ade poket pun, jgn pande2 nak kuakan mende..piang kang..sile khusyu2 beribadat sje..

ok, sy nak gi solat dan cri idea..er..no, not ilham..

3. kaSyah - March 27, 2008

Kekekeke….syoknye ade Ada Minx. GI mane2 suruh die blanjer sajer….hehehe

Kenapeka name Maharani…looks older…tapi kena gak Maharani, nobody can disobey with me…ai, ai sir!…ahahaha

cam best…nnti buat

4. Puteri Nad =( - March 27, 2008

kasyah..tu tandanya kuasa ni datang bila nad da matang sajor!!

5. baez-kun jeling2 kakmin celah tiang - March 28, 2008

1- Apa superpower idaman anda? Choose only one.
saya mengidam untuk mempunyai kuasa menukar udara atau air menjadi ais

2- Siapa superhero/watak yang mempengaruhi pilihan itu?
saya terpengaruh dengan watak captain hitsugaya toushiro dalam bleach, bukankah nickname saya dahulu hitsugaya-kun? maka sila tahu

3- Kenapa superpower yang itu?
bagi diri saya : kerana apabila saya haus saya akan minum dan menyejukkan minuman dalam masa sesaat, selain itu bila masak dan makanan panas sangat saya akan terus menyejukkan tanpa perlu masuk dalam petiais seperti yang saya biasa lakukan, kata orang petiais itu bakal rosak tapi saya heran da setahun pon tak rosak
selain itu bile saya geram maka terus membekukan orang itu dan menghentak dengan tukul besi maka sila berjaga2 sahaja
selain itu bila saya terasa panas saya akan menjadikan bilik saya ibarat ada aicod

utk kebaikan manusia sejagat : bila semua orang jakun menunggu salji, saya akan mencipta salji dengan mudah dan mendapat standing ovation dari semua

4- Apakah kelemahan kamu?

kelemahan saya adalah di musim winter apabila saya akan sering berasa sejuk sahaja, kadang2 ketika tido selimut saya bertukar menjadi air dalam keadaan tidak sedar dan saya pun menangis sambil menjeling ada minx supaya dia mengeluarkan alatan dari poketnya utk mengeluarkan heater dan kemudian saya terus bakar poketnya dan tunjuk tanda bes dengan ibu jari

selain itu saya akan kehilangan ramai kawan yang telah dihentak dengan tukul besi itu, saya bakal hidup seorang diri dan terus menjeling lagi ada minx supaya mengeluarkan mesin masa lambang telah menyesal

5- Apakah nama superhero kamu?

daiguren hyorinmaru (great crimson ice dragon)

6- Motto superhero kamu pula?

mari bersama meluncur salji karena ia indah

6. bzz - March 28, 2008

Huh… kreatif kreatif…
Nah dorayaki sorang 1.

7. Que - March 28, 2008

ko nye poket doraemon tu boleh kluarkan pintu sesuka hati tak???
boleh la akumasuk pintu tu terus kluar kat bilik tidur ku di malaysia, boleh ulang alik hari2 lagi ok…

8. baez-kun jeling2 kakmin celah tiang - March 28, 2008

kalikok it’s called pintu suka hati bukan sesuka hati lah

9. zuriaf - March 29, 2008

hahahaha..memang kelakar ciri² superhero nih…

10. Minci - March 29, 2008

nad,
hehehe.. the villains wud so regret it if they were to mess with you.. matilah kena obey arahan segala..can u infiltrate my mind and help organize my life please..

1 january,
greetings Towel Lady! erk? carik ilham?😛

kasyah,
yea..u should do it. feed ur inner ego.. ur inner superhero spirit..

baez,
*terus tarik di kolar dari celah tiang*
ur powers wud be very useful to me if I want to have tehais.. he he

bzz,
terima kasih di atas dorayaki pemberian anda..ko pun apa kurangnya

Que,
boleh boleh.. nanti aku kuarkan pastuh gi melawat kau.. ha ha ha

Zuriaf,
Yo! hehe.. kalo ada masa silalah buat juga..🙂

11. baez-kun jeling2 kakmin celah tiang - March 30, 2008

wah ganasnye menarik kolar
daku menepis tangan dikau seraya terus menjeling penuh amarah

12. Minci - March 30, 2008

simbah air kasik amarah sejuk..😛

13. Puteri Nad =( - March 30, 2008

simbah air ais

14. baez-kun jeling2 kakmin celah tiang - March 30, 2008

tak boleh simbah okie daku mengamuk tapi tetap mesra


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: