jump to navigation

:: About Budi September 17, 2008

Posted by Minci 先生 in Everyday Life, Movie/TV Reviews, Ponderings.
Tags: , , , , ,
trackback

Pantun Melayu ada berbunyi,

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Hakikatnya tak semua budi dibawa mati. Hutang budi boleh dituntut. Dan yang peritnya mengenai hutang budi ialah berbanding dengan hutang emas, hutang budi tiada nilai tetap. Tak semua boleh ‘dibayar’ sekali, dua kali atau tiga kali. Terutama sekali budi yang ditabur bertahun-tahun lamanya. Penabur budi ibarat ceti, lintah darat yang mengikat penerima budi dengannya sampai mati. Penabur budi yang tak berperikemanusiaan lah tapi..

Macam Umi dalam cerita Seputih Qaseh Ramadhan.

Ya. Geram aku tengok cerita tuh pagi2. Seorang Umi yang memporak-perandakan kehidupan anak lelakinya. Geram aku tengok anak lelakinya lemah macam tuh. Geram aku tengok kelelakian yang tunduk pada kuasa jahat semata-mata kerana terhutang budi. Nampak jer kuat, manah gamal.. tapi.. hmph.. tak boleh diharap. Kerana budi lama si Umi yang menghantar anaknya belajar ke luar negara, anak lelakinya diwajibkan patuh pada arahan untuk menyuruh isteri taatnya Qaseh ke penjara bagi pihak dirinya, ceraikan Qaseh setelah keluar penjara dan mengambil hak penjagaan anak2 Qaseh.

Kengkawan perempuan selalu berpesan,

“Kakmin.. baik2.. hutang budi tergadai body”

Kalau lelaki agaknya,

“Lelaki.. baik2.. hutang budi, hidup pun cam nak mati”

Di manakah kesudahan hutang budi itu? Where do we put an end to it? Mungkin tiada hinggakan seorang penulis ada mencanang satu terma untuk menerangkan kedudukan hutang budi sekarang – Favour Bank. Bacalah The Zahir penulisan Paulo Coelho. Pengertiannya mungkin lebih baik.

Aku juga ada Favour Bank. Pendeposit utama dan terbesar aku adalah pihak JPA. Ibu bapa itu lain cerita. Itu transaksi TanggungJawab Seorang Anak. Dengan JPA, aku berhutang emas dan budi. Yang bagusnya mempunyai 2 jenis hutang sekaligus adalah hutang budi itu boleh dibayar seiring dengan hutang emas tanpa banyak bicara berdasarkan tempoh  yang telah ditetapkan. Satu dekad berkhidmat, langsai!! He he

 

Comments»

1. pokdeng - September 17, 2008

“Alam takambang jadikan guru,” lihat sekeliling jadikan pengajaran.

“Buang yang keruh, ambil yang jernih,” yang elok sahaja dijadikan pengajaran, yang tak elok diketepikan.

“Adat dikelek, agama dijunjung” tiada adat tiadalah Melayu, tiada agama ramailah seteru.

“Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dbawa mati”…. Alam, Jernih, AGAMA – selamatlah diri. Budi tinggi, Allah kasihi.

Selamat bersastera.

2. miyaki - September 17, 2008

ehhh..how come so fast??
aku masih dok baca last entry ko tiba2 tukar theme
igtkn tenet rosak or smthg
yea..sy suda baca the zahir..igt mau beli kasi org

3. mossavi - September 17, 2008

Nice one …. Aunty pun dah baca The Zahir – best🙂
Eh Min, kenapa theme tukar balik pd asal? Apa-apa pun does not matter, whats important are the contents and its Author (winks, winks) 🙂

4. FaruqY - September 17, 2008

haha, so dah dapat posting ke? and what are you planning after serving your dues?

5. daju - September 17, 2008

berkhidmat – lebih kurang berbakti/berbudi to your country jgak..tak gitu..

6. Minci 先生 - September 17, 2008

pokdeng,
yah

miyaki,
hehe.. sbb aku tak suka font utk theme yg lepas.. hence berbalik kpd yg ini dolok..aku pun dah beli buku tuh.. kak jet pun.. dia dululah tapi

mossavi,
cos i din really like the new one

faruqY,
blom lgi.. neves lah incik.. most of the ppl are betting their money on Kuching though.. it’ll be a miracle if I get my 2nd or 3rd choice

daju,
yah.. gitu2 sgt..😛

7. miyaki - September 17, 2008

hehehe, aku baca kakjet punyala
haritu bagasi dia berat so aku pegang jap before post dgn dianyer other stuff

8. hafiz - September 18, 2008

I am in similar situation with you. 10 years bond with the government. Hopefully those years will be interesting and memorable.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: