jump to navigation

:: Hormati bendera kita September 19, 2008

Posted by Minci 先生 in Everyday Life.
trackback

Rakyat Malaysia kena bertenang.

Fine, hate the politicians.. tapi janganlah kibarkan bendera Malaysia kita terbalik.

Masa sekolah2 dulu, masa kawad kaki, bendera rumah sukan terkena sikit jer kat tanah dah kena herdik tau. Begitu besarnya erti panji tersebut. Apatah lagi bendera negara kita kan..

Bendera umpama satu pengumuman kepada dunia bahawa Malaysia itu wujud lagi.

Dicorakkan dengan jalur-jalur, bertatahkan bintang dan bulan, diwarnakan dengan warna tertentu kerana nenek moyang kita percaya makna disebaliknya harus dijunjung sepanjang zaman.

Hendak meminta hak untuk mentadbir negara sendiri bukannya mudah. Apatah lagi apabila kemerdekaan itu dicapai melalui rundingan. Hargailah jasa pemimpin kita yang terdahulu. Hormatilah bendera kita.

Otak ada, gunalah sebaik mungkin.

Comments»

1. Nanad - September 19, 2008

bile dalam pengakap,
klu ada disaster bendera akan dikibarkan terbalik di sesuatu kawasan!
klu x salah

2. coops - September 19, 2008

yup, totally agree! we tend to react ikut hati without thinking in the bigger picture and the consequences.
tp kan minci, pelik kan, mcm mana lg kita nak voice out dissatisfaction bila org yg dituju buat dunno je…. :p

3. mangoandjojoba - September 19, 2008

waaah, bagus betul semangat cintakan negara anda. Tak perlu pergi BTN la macam ni hahahaha

4. Minci 先生 - September 19, 2008

nanad,
ok..kalo dlm konteks ini mungkin blh diterima.. sbb perkataan yg digunakan adalah ‘disaster’.. ini menunjukkan kewujudan kawasan itu sudah tiada..
maka nampak kewajarannya.. hehehehe
kalau dlm konteks ‘hasutan’.. tak wajar.. malahan sgt kurang ajar..

Coops,
tkper.. kita voice out je.. tuh kira our part.
Tindakan..lain cerita.
pepandailah yg mempunyai takhta dan kuasa menjalankan amanah yg sedia ada..

MJ,
tk sia2 aku kena drill/seksa masa masuk kadet laut dulu..
muahahaha

5. bzz - September 19, 2008

Ingatkan tak kisah.

Nice story and selamat berbuka…

6. mossavi - September 19, 2008

Bila nampak bendera, automatically hum lagu NegaraKu dalam hati ……… hadoi patriotik nya!

7. Minci 先生 - September 19, 2008

Bzz,
aku nampak je mcm tk kisah. tapi aku prihatin sebenarnya.
malahan kalo aku berani skit gik, aku nk sarankan org dgrrrr je lagu negaraku berkumandang, kena diri tegak2.
aku palin lemah kalo budak2 nyanyi lagu negaraku, badan tk tegak, tangan tk tk kat sisi!!!
haishhh

Mossavi,🙂

8. pokdeng - September 19, 2008

Kalau mamat-mamat Indon(esia) sana claim kita ‘anjing british’ camne ow? Ye lah, diorang fight gile babeng nak merderka, kita main pen & kertas je. Camne nak jawab tu Dr. Minci Yazumin?

9. Minci 先生 - September 19, 2008

Pokdeng,
Takder ‘kalau’.. memang kita pernah ditohmah sedemikian rupa. Bagi saya, nyawa manusia itu berharga.. Selagi mana kita boleh mengelakkan pertumpahan darah, selagi mana kita boleh menggunakan akal fikiran serta budi bahasa sesama manusia, saya bilang kita gunakan ketajaman pena daripada hujung mata pedang.

siapa kata nilai kemerdekaan itu lebih bermakna atau besar jika seorang isteri kehilangan suaminya, ibu kehilangan anak2, anak gadis diperkosa, anak kecil diperlakukan sewenang-wenangnya? jika mau dibilang juga, apakah penderitaan nenek moyang Ahmad, Ah Chong, Muthu, Ungan dan Agus tidak dikira?

Mencapai status merdeka ialah langkah pertama. What you do with your freedom afterwards is what matters.. adakah untuk membangunkan diri dan tanahair atau sekadar melaungkan ‘merdeka’ setiap tahun?

Setakat nak lawan sakak sapa lagik nyerin.. aku sik heran.

10. pokdeng - September 19, 2008

Aok! Kamek setuju!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: