jump to navigation

:: A Sensei’s Love Confession April 10, 2009

Posted by Minci 先生 in Everyday Life, Love and Relationship.
trackback

Artist : Taxi Band
Track : Sayangku

Saya sebenarnya sangat suka kat awak tapi saya tak cukup kudrat sepertimana heroin dalam filem asing yang mampu menyatakannya to the face. Saya rasa saya hanya akan mampu untuk berbuat demikian bila perlu. Dalam hujan ke. Tengah2 traffic jam ke kan. Awak lane sana,saya lane sini. Pastuh menangis di tengah jalan raya bersaksikan motorist serta pengguna lebuhraya yang lain.

Atau … di saat menemui ajal. Ke?

Awak pasti akan tanya, Kenapa Saya?

Just wanted you to know

Just wanted you to know

Sebab awaklah lelaki yang  paling sempurna pada mata saya yang saya nampak. An all rounder, if I may say. Awak mungkin tidak sedar fakta tersebut tapi itulah anggapan saya dan saya bukanlah wanita yang mudah memberi pujian kepada lelaki kerana bagi saya kebanyakan mereka merupakan Morons from Mars.. Saya tertarik dengan falsafah hidup awak, saya teruja dengan sifat ‘feminin’ yang ada pada diri awak. Saya bangga dengan pencapaian hidup awak malah ingin sekali berdiri di belakang awak (as the woman behind every man’s success) di kala awak mencapai kejayaan yang lebih baik di masa akan datang. On top of all that, Insya-Allah tiang agama awak kukuh sekiranya awak adalah apa yang telah dicerminkan kepada saya selama ini. Saya faham irama kehidupan kekadang membawa kita ke kanan ke kiri mengikut hala tuju angin, tapi jika akarnya kekal di tanah ( what? ).. kita tidak akan hilang pedoman. Insya-Allah masih di bawah radar tuhan.  We stay the person that we are, only well traveled/learned/connected.

‘Sejak bila’ awak tanya?

Ntahlah..saya tak boleh nak pinpoint the exact moment. Yang saya tahu sejak saya kenal awak, saya dah rasa saya senang dengan kehadiran awak. In fact, saya kesal kerana mengenali dia-yang-pergi (DYP) sebelum saya mengenali awak kerana sekiranya awak muncul pada masa yang sama atau lebih awal, pastinya hati budi awak yang saya ingin selami dengan lebih lanjut. Kini kehidupan saya sudah ‘rosak’ oleh DYP.

Kadang2 orang tanya kenapa saya masih single sedangkan DYP sudah lama berlangsung dengan kehidupan alam. Mengikut putar roda kehidupan. Kadang2 orang tanya saya samada saya masih menunggu kehadiran DYP  itu kembali ke pangkuan atau apakah kerana saya terlalu membandingkan prospek yang ada dengan DYP tersebut.

Jawapan saya tidak sama sekali ..

Saya katakan tidak.. kerana sekali DYP meninggalkan.. dia mampu meninggalkan diri saya lagi. Mungkin di kala diri saya sudah lama berkongsi hidup dengannya. DYP sebagai benchmark? Tak kuasa.. kerana saya telah mengenali awak yang jauh lagi gah berbanding DYP. Mungkin awak tidak sedar, tapi itulah lumrah sesetengah manusia yang tidak menyedari kekuatan yang ada pada dirinya. Kelebihan yang tersemat secara semulajadi. Aura kejayaan yang natural. Yang tidak perlu dipupuk dan dipractice oleh manusia seumpama DYP. Dan prospek2 saya yang lain, tatkala diletakkan di sebelah awak untuk rating, dengan mudah sekali ditewaskan oleh awak. Faham tak betapa hebatnya awak?

“Min, if he’s for you.. it would have happened a long time ago”

Kerana kata2 itulah saya enggan meluahkan. Malah saya cemburu apabila mengetahui awak pernah memiliki dan dimiliki.

Tapi kenapa pengakuan ini?

Kerana saya merasakan Life is Short. Setiap hari saya berdepan dengan occupational hazard yang mampu memendekkan lagi stature (lawak jongos perlu diselitkan di sini bagi meredakan jiwa saya yang bergelora) dan nyawa saya.

Mungkin juga kerana saya terlalu banyak mendengar lagu cinta yang membutuhkan jiwa.

Mungkin juga kerana saya fikir jika hubungan kita diizinkan sampai ke jinjang pelamin suatu hari nanti.. perlulah ada setahun-dua kisah kasih yang termaktub dalam epilogue ikatan perkahwinan .. so, kena start sekarang boleh.

Mungkin juga sebab saya dah nak period, maka terover berani plak..

Mungkin juga saya rasa, dengan pengakuan yang agak vague ini, saya mampu melepaskan rasa geram di hati saya yang ingin memberitahu seluruh dunia yang yes, saya memang sangat suka kat awak. Saya enggan menghantar mesej cinta dari kubur sepertimana cerita Sepi. Tapi seperti Sepi, saya turut menyimpan sesuatu milik awak. Pemberian actually. Sesuatu yang mungkin awak dah lupa kerana ianya ibarat biasa, tak ada apa2. Dan pada masa tuh, saya sebenarnya pun dah sangat suka kat awak.

Saya simpan. Saya tak guna. Saya simpan. Saya tak guna. Saya simpan. Saya tak guna. (eyy.. aku punya suka nak ulang part nih banyak kali) Kerana saya mengharapkan untuk memulangkannya pada awak suatu hari nanti.

Saya tidak mengharapkan awak sedar siapa awak apabila membaca pengakuan ini. Kalau sedar bagus jugak sebenarnya. Haih.. kurang sedikit penderitaan saya sebagai seorang tabib yang hidupnya terhuyung hayang dan memerlukan seseorang yang tegar di sisinya. Malah jika status saya kekal begini hingga tamat housemanship, kebarangkalian untuk kekal begini adalah tinggi. Maka tanahair will once more benefit from the industrious effort and fully committed single professional career woman in the future. They can even send me overseas to a war zone in the name of Humanitarian and Samaritan spirit.

Seandainya awak masih memerlukan saya meletakkan suatu wajah atau nama pada awak, maka saya memohon maaf. Saya khuatir awak akan terus menghilang daripada kehidupan saya sekiranya saya berbuat demikian. Saya tahu awak mampu untuk berbuat demikian.

Ok.. bye2 .. tibalah masa untuk menenangkan diri sebelum tensi menyerang kapan hari. On-Call lagi. And I dont have much people to cover me afterwards to enable me to take at least a 2 hour sleep in the morning. Double damn.

 

Advertisements

Comments»

1. Puteri Nad =) - April 11, 2009

wohoooooooooooooooooooo finally..
penat nad tunggu this post!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kakmin,
dia pernah dimiliki adalah histori…i hope dia faham lah.if not baling mangkuk pisang..hihihi

2. Puteri Nad =) - April 11, 2009

tp kakmin nad ada satu problem
dengan post ni,

lambang terlalu vague,
sampai nad perasan ianye kepada nad..hahaha

i kenyit mata

3. 13may - April 11, 2009

aku tak terkomen la min….

hilang kata kata bila baca entri nih 😀

4. Soberr8 - April 11, 2009

Kumpulkan kekuatan untuk meluahkan..
Kerana yang terpendam itu adalah menyakitkan..
😉 we all had our times..kan? kan?

5. khaliqok - April 11, 2009

OMG speechless, ko semakin berani bak rafidah aziz [pekop mulut]

6. Soberr8 - April 12, 2009

Oits Khalikoq ‘Bapa’!! dah keje seremban ke? Hehe..sory cik Minci, nk tompang lalu

7. Minci 先生 - April 12, 2009

Nad,
baguslah vague… memberi manusia seluruh alam the benefit of doubt

13may,
takyah cakap pape.. sengih je

sober,
oi kau.. apa cer?
haha.. cakap mmg mudah kan? kan? kan?

khalikok,
berani dlm diam je. aku blom se-gah Rafidah Aziz [plaster mulut kau terus]

8. Soberr8 - April 12, 2009

My one and only Sweeheart once confessed her feelings towards me 😉 and U can guess wat happened 🙂 Kalau hati kita ikhlas..insyaAllah.. 😀

9. d - April 13, 2009

min, awat kate kehidupan kau rosak sbb DYP? broken relationships happen to many people. including myself (dush). the experience must ve taught u a lot n dat’s good. ppl understand. most of those who dont will.

ps: if someone writes me this kinda of letter, aku dah cair dah lol

10. yami - April 14, 2009

auwww…yasmin
wish i can help la
xbestnya menyimpn perasaan ni

11. Minci 先生 - April 14, 2009

Soberr*,
sapa ek cinta hati kau? apsal aku tak tau? muekeke

D,
kau sapa ah?
nway, kalau kau rasa nak cairkan diri..silalah baca warkah aku ini berkali-kali.. too bad lah kan.. its not for you.. huhuhu

Yami,
tlg doa supaya aku jumpa kunci ke pintu kati dia.. hak hak hak..
pastuh blhlah aku hamparkan permaidani merah skali ..
arghh.meroyan

12. d - April 18, 2009

haa ok gak idea kau. boring2 aku leh baca n imagine someone tulis warkah ni utk aku. it’s so well written ^^ im just an acquaintance who was around when DYP was on british soil (betul ke DYP aku ni). never knew what really happened tapi even if i got the wrong DYP, as I said before, please dont consider the thing as something that tarnishes u or anything. these things happen. for a reason more likely than not. please hold no grudge nor let it hold u back. easy for me to say yes? heh u’re a wonderful person so be positive, have lotsa faith!

o yeah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: