jump to navigation

:: Tudung June 24, 2009

Posted by Minci 先生 in Everyday Life.
trackback

Aku banyak berfikir pasal tudung sejak kebelakangan nih.. serabut jugak kepala hotak dibuatnya.

[Aku cenderung untuk menggunakan bahasa melayu untuk isen kali ini memandangkan aku sendiri merasakan my command in English is slowly getting weak due to lack of proper English conversation without the lah’s and singsong Manglish tone, plus I havent been reading as much fiction as I’d hoped to this year]

Ya, tudung.

Percaya tak kalau aku cakap aku lebih terpelihara semasa belajar di UK dulu? aku tak reti nak terangkan dengan tulisan tapi itulah kata hati aku .. aku bertudung di sini tapi kekadang aku terfikir apakah hati dan perbuatan aku sesuci mana diriku ketika bergelar graduan satu masa dahulu..

Kadang2 aku tanya pada diri aku, “Kenapa aku pakai tudung?” Kalau diikutkan tujuannya bukanlah LillahiTaala. Jauh sekali. Bukan juga sebab aku rasa aku nampak comel bertudung. Infact, lawa lagi kalau aku tak.. sumer pompuan pun camtuh. Masakan tidak, bila dah kahwin barulah keindahan itu dipamerkan buat suami tersayang. Ya, aku pakai tudung sebab kenyataan yang dibuat oleh seorang abang berbangsa Indonesia yang berjual di kantin sekolah suatu remaja dahulu. Kenyataan yang menyedarkan aku bahawa I am attracting unnecessary attention from people I’d prefer to hinder. Lantas, aku memilih untuk menutup kepala.

Tapi syaitan itu tegar. Kerapkali aku didatangi dengan persoalan serta dugaan yang cuba untuk menyongsangkan niat aku yg berusaha (untuk berhijab) ke arah ‘Kerana Allah Taala’. Tapi keinginan untuk togel itu terhenti lantaran beberapa perkara;

  • kerana seorang rakan pernah memberi ceramah terbuka bahawa ‘walaupun niat itu tidak ikhlas, tapi sekurang-kurangnya dosa tidak berjalan’
  • sifat aku yang naturally ada ‘malu’
  • dipertanggungjawabkan untuk memikul peranan yang memerlukan aku mempamerkan imej sebagai seorang muslimah. Yalah.. naqibah. Gila apa nak berambut biru segala?
  • keluarga aku sudah biasa melihat aku bertudung dari usia yang kecil. aku tidak ingin mengundang kontroversi
  • persepsi masyarakat … to which I care

Di UK, aku hidup di kalangan rakan2 yang ‘bersih’. Maka sedikit sebanyak berjaya mengetepikan bisikan syaitan gemuk. Tambahan pula, masyarakat bukan berbangsa Islam di UK sendiri begitu sensitif akan keperluan dan tanggungjawab seorang muslim/muslimah menyebabkan kita sendiri rasa malu untuk beraksi tidak senonoh, terutama sekali apabila berhijab.

Lain pula ceritanya di Malaysia. Sudahlah memakai tudung pastinya memerlukan kekuatan rohani, ditambah pula dengan masyarakat yang kurang supportive, kekadang rasa sesak jadinya. Niat dipersoalkan.. trend katanya. Ada sesetengah menunjuk jari mengatakan wanita berhijab hipokrit. Memang ada yang pakai tudung di tempat kerja dan tanggal di luar tapi buat diam je lah. Jangan diunjurkan persepsi sedemikian kepada wanita lain. Mungkin trend ini sudah lama wujud dan aku yang naif ini baru sahaja mengenalinya … akan tetapi ntahlah, aku prefer ianya tidak diperbesar-besarkan.

Tudung.. memang hanya sehelai kain tapi aku tidak pernah menghayati Kuasanya sehingglah aku berada di alam pekerjaan. Aku perasan aku selalu marah, jadi tidak menentu, kekadang ‘untamed’ semacam apabila berada di rumah tapi terkawal di tempat kerja. pastinya aku menyedari bahawa kerana tudung;

  • menuntut aku untuk mengiringi perbuatan bertudung itu dengan sifat2 yang terpuji seperti sabar, tidak menentang dan melenting ibarat b**** yang tak munasabah
  • menonjolkan diri aku secara tak sengaja terutama sekali apabila hidup sebagai komuniti yang minoriti, lantas apa saja silap yang kau buat akan dikatakan seperti aksi mencalit lumpur pada kerbau2 yang lain

 

Tudung itu urusan aku dan Allah. Kalau tetiba aku meroyan malam nih, clubbing dengan mat salleh mana tah kat waterfront.. bukannya ada orang tahu kan.. tapi tuhlah faktor malu dan mempercayai bahawa dunia itu kecil sedikit sebanyak menggari kedua kaki ini di lantai bambu rumahku malam ini.

Tudung.. berkuasanya dikau..

baik aku hentikan isen yang serba kekurangan ini. maaflah. hati tak keruan. tajuk pun tak berapa sensasi.

 

Comments»

1. bzz - June 25, 2009

seorang kawan bertanya (dia org swak). What if dia buka tudung lepas habis study and went back to swak? Coz masa di ukm saja dia pakai. So i said, it’s up to you. Its ur right what? But other people pun ada right utk judge u. Maybe baik, maybe not. But kalau dia pakai tudung sebab orang hanya hormat orang lain then, terpulang sama ada nak teruskan atau nak buka. At least better then yg pakai tudung but still minum arak, clubbing and etc etc…

But tak salah kan kalau nak terus pakai tudung? “Yup” she said

2. Sir Pok Deng - June 25, 2009

Kembali lah kepada Al-Quran. Al-Quran mengarahkan wanita Muslim memakai tudung.

Hujah duniawi yang berjela-jela yang membincangkan hal niat, kehormatan, pandangan masyarakat, atau apa-apa sahaja hanya alasan semata-mata. Apabila dikeluarkan hujah al-Quran yang jelas menunjukkan tuntutan agama tersebut, mereka akan terdiam.

Kemudian mereka akan beralih kepada hujah popular ‘tiada paksaan dalam agama’. Sedangkan mereka tidak tahu menahu hujah itu sebenarnya ditujukan kepada orang bukan Islam untuk memberi isyarat pertukaran agama yang bermaksud; “awak nak masuk islam atau taknak? Kalau taknak, sudah. Kami tak paksa’.

Kenapa hendak dibandingkan dengan wanita bertudung yang minum arak dan sebagainya? Mereka cantik di luar tetapi kotor di dalam.

Orang yang tidak bertudung tetapi baik adalah makhluk yang cantik di dalam tetapi tidak cantik di luar.

Akan tetapi, wanita bertudung yang menjaga hal-hal lain adalah muslimah yang cantik di luar dan di dalam. Mereka adalah sebaik-baik umat.

Pada akhir zaman, dunia akan terbalik. Wanita yang menjaga agamanya akan dipandang hina oleh masyarakat yang jahil, SAMA SEPERTI apa yang berlaku pada ketika Islam mahu berkembang di Makkah dahulu.

Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.
Long Live Dokter Minci

3. dillhanim - June 25, 2009

oh, sis minci..
i hope you stay with your tudung..
and i hope that faktor malu itu terus menghalang u untuk buat anything yang tak baik.. amin..

you are beautiful.. no matter what they say..😉

4. marisa - June 28, 2009

wat, ko cute pe pakai tudung..

esp ur serabai face postcall, dgn tudung senget benget..ehehehe….

5. isleasy - July 24, 2009

ko la minah paling serabut pakai tudung yg paling cute penah aku jumpe..hahaha..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: